Tip Menjimat Tenaga

Suhu yang diselaraskan pada -18ÂșC akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 60kWj setiap tahun iaitu bersamaan RM 13

Panduan Operasi dan Penyelenggaraan lampu

Bilik Tidur
• Gunakan lampu malap daripada siling dengan pemalap untuk pencahayaan umum.
• Gunakan lampu sisi katil untuk membaca.
• Gunakan cahaya dari luar. Letakkan meja berhampiran dengan
tingkap.

Ruang Tamu
• Gunakan lampu bercahaya malap bagi memalapkan suasana.
• Pastikan tiada pantulan cahaya di kaca televisyen bagi keselesaan menonton.
• Tutupkan suis lampu jika ia tidak digunakan.

Dapur
• Pastikan kesemua ruang kerja mempunyai pencahayaan yang mencukupi.
• Pasang lampu di atas ruang kerja.
• Pasang lampu di pintu bilik pantri.

Bilik air dan setor
• Pasang lampu di atas cermin.
• Pasang lampu siling bagi bilik air yang besar.
• Pasang lampu berkuasa rendah bagi laluan dan setor.

Kesimpulannya,penggunaan tenaga elektrik pada masa kini menentukan masa hadapan kerana keadaan bumi semakin uzur dan kebanyakkan sumber semula jadi semakin sedikit dan tidak mustahil jika kita tidak cekap menggunakan elektrik, ianya akan habis.Oleh itu, marilah sama-sama kita menjimatkan elektrik.



TIP PENJIMATAN TENAGA

RUANG DAPUR
Anda sedia maklum bahawa sebahagian besar tenaga elektrik iaitu hampir 40% digunakan di ruang dapur. Tahukah anda di rumah kos sederhana, anda boleh menjimatkan sehingga 10 % atau RM78 setiap tahun dengan menggunakan peralatan elektrik cekap tenaga di dapur.

PETI SEJUK DAN PENYEJUK BEKU
Ia adalah peralatan elektrik yang paling mahal kos pembiayaannya di rumah kerana digunakan sepanjang hari. Oleh itu potensi penjimatan tenaga bagi peti sejuk adalah tinggi. Kos penggunaan yang rendah bagi peti sejuk dan penyejuk beku baru yang cekap tenaga biasanya boleh menampung kos penggantian peralatan lama yang tidak cekap tenaga.

A. Panduan Membeli

Peti Sejuk
• Pilih saiz peti sejuk yang menepati keperluan keluarga. Peti sejuk 550W akan menggunakan tenaga elektrik yang bernilai RM22.50 sebulan. Elakkan daripada membeli peralatan yang bersaiz terlalu besar.
• Jangan lupa untuk mengenal pasti Energy Efficiency Ratio (EER) bagi peti sejuk. Data pada plat nama akan memberikan maklumat tentang penggunaan kuasa bagi peti sejuk.

Penyejuk Beku
Penyejuk beku jenis tegak menggunakan lebih banyak tenaga berbanding peti penyejuk jenis peti. Purata kos elektrik penggunaan penyejuk beku jenis peti dan jenis tegak ialah masing-masing RM10 dan RM14 sebulan.

B. Panduan Pemasangan

Peti sejuk dan penyejuk beku akan membebaskan haba ketika operasi penyejukan muatannya. Haba ini perlu dinyahkan kerana jika tidak, kompresor bagi peti sejuk dan penyejuk beku ini akan beroperasi lebih lama. Ini menyebabkan ia menjadi terlebih panas dan akan memendekkan jangka hayatnya. la juga akan menggunakan lebih banyak elektrik dan akan lebih cepat rosak. 
Perkara yang perlu diambil kira untuk pemasangan peti sejuk dan penyejuk beku: 
• peti sejuk tidak seharusnya diletakkan di tempat yang panas seperti di tempat yang terdedah kepada pancaran terus matahari atau berhampiran dengan dapur memasak 
• ruang disediakan di sekeliling peti sejuk termasuk di bahagian atas, belakang dan tepi bagi membolehkan pengaliran udara

C. Panduan Operasi Dan Penyelenggaraan

Peti Sejuk
• Apabila hendak meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang kosongkan dan cuci peti ais. Tutupkan suis dan biarkan pintunya terbuka.
• Pastikan gelung kondenser sentiasa bersih. Habuk dan kotoran pada gelung kondenser akan mengurangkan kecekapan peti sejuk
• Susun makanan di dalam peti sejuk supaya ada ruang di sekelilingnya bagi membolehkan pengaliran bebas udara. Sentiasa sejukkan makanan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
• Elakkan daripada kerap membuka ataupun sengaja membiarkan pintu peti sejuk terbuka.
Penyejuk Beku Penyejuk beku seeloknya sentiasa penuh bagi mengelakkan pembentukan ais. Untuk memastikan penyejuk beku digunakan dengan cekap:
• Gunakan pembalut dan bekas kedap udara dan wap apabila menyimpan makanan yang ingin disejuk beku bagi mengelakkan makanan menjadi kering.
• Sebelum membuka penyejuk beku kenal pasti barangan yang diinginkan. Membuka pintu berulang kali akan membazirkan tenaga.
• Nyah fros penyejuk beku apabila terdapat fros setebal 6 mm (1/4 inci).
Prestasi Tenaga Peralatan Elektrik

Prestasi tenaga sesuatu peralatan elektrik boleh ditentukan daripada plat nama. Sebagai contoh penyaman udara mempunyai Pemeringkatan Kecekapan Tenaga (Energy Efficiency Rating-EER). EER adalah kecekapan penukaran tenaga bagi sesuatu peralatan elektrik; semakin besar nilai EER semakin cekap peralatan tersebut. Nilai EER bagi sebuah penyaman udara menandakan nisbah keupayaan penyejukan terhadap sumber kuasa. Apabila anda ingin membeli peralatan elektrik, saiz yang bersesuaian adalah penting. Semakin besar saiz peralatan tersebut semakin banyak tenaga yang digunakannya.

Contoh


Apabila hendak membeli sebuah penyaman udara sebaiknya nisbah kecekapan tenaganya iaitu EER dikenalpasti terlebih dahulu. EER bagi penyaman udara berkuasa kuda 1 hp adalah bernilai 8. Jumlah tenaga elektrik yang dihasilkan penyaman udara biasanya dinyatakan dalam sebutan BTU (British Thermal Unit) /jam. Lebih tinggi BTU, maka semakin cekap kadar penggunaan tenaganya.
Peningkatan penggunaan elektrik boleh disebabkan oleh :

• penambahan bilangan peralatan elektrik yang baru;
• bertambahnya tempoh penggunaan peralatan elektrik;
• penggunaan peralatan elektrik tambahan seperti lampu hiasan dan lain-lain semasa musim perayaan;
• penggantian peralatan elektrik lama berkuasa kecil dengan peralatan elektrik baru berkuasa besar selaras dengan keluarga yang membesar
• peralatan elektrik yang kurang cekap contohnya peti sejuk yang mengalami kerosakan pada termostatnya, kekurangan gas penyejuk atau kerosakan pada getah perekat pintunya yang akan menyebabkan peti sejuk terpaksa beroperasi untuk jangka masa yang lama dan membazirkan elektrik.

Cara Mengurangkan Bil Elektrik


Pelbagai cara boleh anda lakukan bagi meningkatkan kecekapan penggunaan elektrik di rumah kerana penggunaan berhemah dan cekap akan menjimatkan tenaga, wang dan membantu memelihara alam sekitar. Salah satu cara utama ialah dengan menganalisa penggunaan elektrik dan mengenal pasti peralatan elektrik yang boleh dikawal atau digunakan dengan cekap. Anda boleh lakukan sendiri audit tenaga di rumah anda.
APAKAH KECEKAPAN TENAGA?

     Kecekapan tenaga (elektrik) bermakna anda menggunakan tenaga elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah atau di tempat kerja. Ini juga bermakna anda akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan yang sama.

PENGENALAN

     Elektrik merupakan sumber tenaga utama yang digunakan di rumah. Anda seharusnya terus menikmati manfaat daripada peralatan elektrik dengan tidak menggunakan lebih banyak tenaga daripada yang sepatutnya. Penggunaan tenaga elektrik secara cekap dapat menjimatkan wang serta dapat membantu memelihara alam sekitar.



     Adakah anda inginkan bil elektrik yang rendah dan menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar? Anda akan dapat mengurangkan sehingga 10% penggunaan elektrik tanpa menjejaskan tahap keselesaan hidup anda.

APAKAH BIOFUEL DAN MENGAPA KITA MEMERLUKANNYA?


Biofuel adalah bahan api yang boleh diperbaharui sama ada dalam bentuk cecair atau gas yang diperolehi dari biomass (bakteria, tumbuhan atau haiwan). Paling utama, ia boleh diperbaharui dan diperolehi dengan cepat, tidak seperti bahan api fosil, yang juga datang dari bahan biologi, tetapi mengambil berjuta-juta tahun untuk membentuk.

Walaupun kelihatan seperti ciptaan moden, biofuel sebenarnya telah wujud sejak awal abad ke - Rudolph Diesel (pencipta enjin diesel) berlari enjin pada minyak kacang tanah di Pesta Dunia Paris pada tahun 1900. Bahagian kekeliruan dan kontroversi sekitar biofuel terletak pada hakikat bahawa mereka boleh datang dari pelbagai sumber yang berlainan.

Setiap generasi mempunyai kelebihan sendiri masing-masing dan keburukan itu. Yang menjadi masalah ialah apabila kekurangan generasi lama ini turut diletakkan pada generasi baru. Sekalipun dengan kaedah baru, sumber yang berlainan dan teknologi yang lebih tinggi, ia tetap disamakan dengan nilai generasi yang lama.

Apabila Majlis Nuffield melihat dalam skop Bioetika melalui penelitian isu-isu etika sekitar biofuel pada tahun 2011, mereka berkata bahawa pembangunan biofuel adalah didorong oleh tiga cabaran: keselamatan tenaga, pembangunan ekonomi dan perubahan iklim.

ISU EKONOMI : KEPERLUAN TENAGA NEGARA MENINGKAT DUA KALI GANDA MENJELANG 2030

Bekalan tenaga yang diperlukan negara dijangka meningkat sebanyak dua kali ganda menjelang tahun 2030. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, berdasarkan pertumbuhan ekonomi semasa, keperluan tenaga seperti minyak, gas asli, arang batu, nuklear, hidroelektrik dan tenaga boleh diperbaharui dijangka meningkat pada kadar 3.4 peratus setiap tahun.

“Menjelang 2030 jumlah tenaga yang diperlukan negara adalah dua kali ganda daripada yang digunakan pada 2010 iaitu bersamaan dengan bekalan 92.9 juta tan minyak,” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Keselamatan Tenaga Kebangsaan di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Loo Took Gee; Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali; Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir. Ahmad Fauzi Hasan dan Bekas Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa, Nobua Tanaka.

Sehubungan itu beliau menjelaskan, negara kini berdepan cabaran besar dalam pengurusan sumber tenaga bagi menampung pertumbuhan ekonomi yang lebih rancak menjelang 2020. “Rizab minyak dan gas negara kini turut menyusut dan pengeluaran telah menurun pada kadar kira-kira dua peratus setiap tahun,” katanya. Fah Kui berkata, walaupun negara mempunyai sumber minyak dan gas asli untuk menampung pembangunan, kebanyakan daripada sumber itu telah dibangun dan berada di peringkat hadapan pengeluaran.

Keadaan itu katanya, menyebabkan Malaysia kini semakin bergantung pada bekalan gas import untuk memenuhi permintaan. “Lebih 30 peratus daripada bekalan gas asli yang disalurkan di Semenanjung Malaysia adalah bekalan import dari Indonesia, Thailand dan Vietnam. “Jumlah penggunaan gas di Semenanjung Malaysia kini meningkat sebanyak 13 peratus sejak sedekad lalu,” katanya. Beliau berkata, dalam ketidaktentuan sumber tenaga di peringkat global, isu keselamatan tenaga kini menjadi isu utama negara-negara di seluruh dunia.