SIMEN HIJAU

Novacom , syarikat yang dikaitkan dengan Imperial College of London merupakan salah sebuah syarikat baru yang menggunakan teknologi terkini dalam usaha mengurangkan kesan negatif karbon yang dihasilkan oleh industri simen.


Dengan keluaran tahunan melebihi 2.5 bilion tan, pengeluaran simen Portland secara konvensional dianggarkan menyumbang 5% daripada penyebaran karbon dioksida di seluruh dunia, melebihi industri penerbangan. Novacem percaya bahawa simen carbon-negative dapat menyelesaikan masalah pencemaran udara kerana produk ini dapat menyerap lebih banyak karbin dioksida berbanding jumlah karbon dioksida yang disebarkan dalam kitaran hayatnya. Dalam hal ini, penghasilan simen daripada magnesium silikat adalah lebih baik daripada kalsium karbonat atau batu kapur, kerana magnesium silikat tidak mengeluarkan karbon dioksida semasa proses pembuatan simen, malah ia menyerap gas rumah hijau selama hayatnya.

No comments:

Post a Comment