E-Tenaga





"e-tenaga" atau dikenali sebagai eco tenaga dipilih kerana. mempunyai  maksud yang tersirat. Perkataan "ECO TENAGA" direka hasil daripada perkataan 'eco' dan 'tenaga'. Gabungan kedua-dua perkataan iaitu perkataan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ini membawa maksud kepada penggunaan  tenaga  yang berkait rapat dengan eco iaitu alam semula jadi. Perkataan "ECO TENAGA" boleh mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia tentang penggunaan tenaga yang melibatkan eco secara lestari dan  cekap.Blog  ini  bertujuan  memberi pendedahan  tentang  penggunaan  tenaga yang boleh diperbaharui, kecekapan tenaga  dan penjimatan tenaga.

Kecekapan tenaga (elektrik) bermakna kita menggunakan tenaga elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah. Ini juga bermakna kita akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan yang sama.Kecekapan tenaga  juga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.

Manakala, penjimatan tenaga pula membawa maksud meningkatkan kesedaran pengguna  dalam melaksanakan pengawalan tenaga secara optimum dan berkesan. Sebagai pengguna yang berhemah, mereka perlulah memilih  peralatan  yang cekap  tenaga (Energy Star) dengan  melihat kepada  label dan spesifikasinya. Selain itu,pengguna perlu membiasakan dengan penyelenggaraan semua peralatan  dengan baik dan teratur. Pihak kerajaan haruslahmelaksanakan elemen  Energy Management System (EMS) dan projek  baru dan ubahsuai  serta proses retrofit bangunan sediada supaya cekap tenaga. Sebagai contohnya,Menggalakkan aktiviti-aktiviti penjimatan seperti  program Earth Hour . Objektif penjimatan tenaga adalah;

  •  Menggalakkan menggunakan peralatan elektrik yang jimat tenaga
  • Menggalakkan amalan penjimatan tenaga elektrik
  • Memupuk kesedaran tentang kepentingan penjimatan tenaga
  • Meningkatkan sumbangan ke arah pengurangan pemanasan global

Selaras dengan matlamat Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (OPP3) (2001-2010) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) untuk mengalak dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharu (RE), maka Kerajaan telah merangka beberapa strategi bagi memantap dan membangunkan penggunaan RE sebagai sumber tenaga kelima (5) negara.

Bagi tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9), Kerajaan telah menetapkan sasaran penjanaan tenaga elektrik secara gridconnected menggunakan sumber- sumber RE seperti seperti biomass, biogas, mini-hidro, angin, solar dan municipal waste pada kapasiti 350MW iaitu melibatkan 300MW di Semenanjung Malaysia dan 50MW di Sabah. Kerajaan sentiasa komited untuk mempastikan kejayaan pembangunan RE di Malaysia khususnya melalui pelaksanaan program Pembangunan Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharu (Small Renewable Energy Programme - SREP) yang diperkenalkan pada tahun 2001.

Potensi RE ini adalah sangat besar, terutamanya tenaga biomass di mana sumber-sumber biomass ini merupakan hasil tanaman sendiri dan pada umumnya tidak didagangkan. Potensi untuk projek mini hidro terutama jenis “run-of-the-river” juga adalah amat besar kerana tenaga yang diperolehi daripada sungai-sungai di negara ini telah terbukti dapat menyalurkan bekalan elektrik ke kawasan-kawasan pedalaman. Tenaga suria juga merupakan satu lagi sumber RE yang sedia ada, kerana kedudukan geografi Malaysia di garisan Khatulistiwa. Berdasarkan potensi yang tinggi ini, Kerajaan Malaysia menggalakkan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui yang juga merupakan sumber mesra alam.

Kerajaan telah mendokumentasikan polisi berkenaan RE di dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan Kesembilan (RMK8 & RMK9) dan juga “Third Outline Perspective Plan” (OPP3). Integrasi RE sebagai bahanapi kelima negara menyokong polisi ini dan menggalakkan kelancaran pelaksanaan fizikal projek-projek RE. Teras utama polisi berkenaan adalah untuk menambah pecahan jenis tenaga negara dengan mangambilkira sumbangan RE dan mengurangkan kebergantungan negara terhadap sumber fosil yang semakin kehabisan.

Kerajaan juga telah memperkenalkan insentif fiskal di dalam bentuk Taraf Perintis (Pioneer Status) atau Elaun Cukai Pendapatan (Income Tax Allowance) serta pelepasan cukai untuk peralatan RE sebagai pendorong pertumbuhan aktiviti-aktiviti berkenaan RE, khususnya untuk menggalakkan penjanaan elektrik berasaskan sumber-sumber biomass, hidro dan tenaga suria. Insentif berkenaan mula diperkenalkan menerusi Bajet  2001 dan seterusnya ditambahbaik saban tahun. Permohonan insentif fiskal ini hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

Pelbagai usaha dilakukan oleh Kerajaan bertujuan menarik minat pemaju-pemaju projek RE untuk melibatkan diri secara aktif dalam sektor ini seperti penubuhan infrastruktur untuk pembangunan RE, merangka program-program bagi pembangunan industri & pasaran RE dan menyediakan persekitaran yang lebih kondusif.

Kami  berharap agar blog ini dapat  memberikan  seberapa ilmu ataupun input tentang isu penggunaan  tenaga . Jikalau  terdapat apa-apa kesalahan atau kesilapan, kami memohon maaf atas  kesilapan tersebut. Sekian terima kasih. Salam 1 Malaysia.